Khamis, November 03, 2011

Strengenge kembali..

SUDAH lama rasanya aku tidak mencoretkan sesuatu di sini selepas lama menghilangkan diri. Maafkan aku wahai pengikut setia blogku.

Aku masih lagi bernafas dan bersyukur dengan limpah dan rezeki-Nya.. Dua bulan adalah satu tempoh agak lama bagi aku kerana tarikh 22 Ogos aku ‘aktif’.

Tiada apa yang terbaru aku kongsikan disini cuma pasukan bola sepak kebangsaan Bawah 23 bakal turun ke gelanggang di Jakarta bagi mempertahankan pingat emas Sukan Sea Laos, dua tahun lalu.

Masa kemenangan berharga dilakar anak didik K Rajagobal (sekarang Datuk), aku masih berkerja di negeri Kelantan Darul Naim,yang juga menyaksikan kebangkitan The Red Warriors sebagai kuasa baru bola sepak Malaysia.

Malah tidak keterlaluan mendapat gelaran Gergasi Pantai Timur! Ahaks.. Tetapi, mereka dikalahkan Negeri Sembilan 3-1 dalam aksi akhir pada 2009. Cukup sadis time tue..

Selepas itu, aku tekad berhenti kerja sekali gus meninggalkan bumi Kelantan pada tanggal 25 Jun 2009 dan selepas itu aku tidak lagi menjejak kaki di sana sehinggalah saat ini.

Banyak kenangan manis dan pahit maung aku di sana. Aku bertemu jodoh di Kelantan dan pertama kali menjajah Stadium Sultan Muhammad Ke IV bersama rakanku dari Kedah. (aku juga budak Kedah)

Kami masuk ke stadium di Kota Bharu itu tanpa gentar tatkala masa itu macth menarik membabitkan pertemuan Kelantan berdepan Selangor. Pergh, punyalah ramai penyokong Merah Putih masa itu.

Selepas itu, aku terdiam apabila mendapat tahu aku mendapat kerja baharu di Shah Alam.. (Bersambung lagi)

0 ulasan: