Jumaat, Julai 15, 2011

Tetap semangat Harimau Malaya

AGAK lama saya menghilangkan diri dalam dunia bloggers ini. Bukannya malas nak update, tapi kesibukan masa dan pelbagai komitmen kerja yang perlu dituntuti.

Walaupun demikian, saya tetap menjengah melihat blog kesayangan ini selepas ‘men’create’nya’ sekitar tahun 2009.

Bulan ini banyak aktiviti bola sepak berlangsung dalam Negara khususnya membabitkan aksi skuad Harimau Malaya menentang tiga kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal FC, Liverpool FC dan Chelsea FC.

Berbalik kepada perlawanan Arsenal tempoh lalu, memang banyak kelemahan terdapat dalam skuad pimpinan Datuk K Rajagobal itu. Bagi yang menyaksikan pertemuan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lau pasti kecewa kerana pemain Negara gagal bermain dengan baik.

Hantaran entah ke mana. Kadang-kadang meliar tanpa arah tujuan. The Gunners main relax jer macam tiada masalah. Cuma, saya suka dengan pemain baru depa dari Jepun, Ryo Miyaichi

Pergh, berdesup larian mamat kelahiran Okazaki, Aichi tue. Beberapa kali menghadirkan ancaman yang bisa membuat segelintir PENYOKONG MALAYSIA goyang.

EMPAT berbalas KOSONG.. Bukan satu kejutan kerana memang dah dijangka kita akan tewas tapi bukan dengan jaringan yang mudah.

Petang esok (16 Julai 2011) lawan The Reds pulak. Fuh.. lawan lagi hebat walaupun tanpa Steven Gerrad dan Luis Suarez serta Fernando Torres (yang join ke The Blues)..hehehe..

Tapi, saya tetap optimis Malaysia kalah lagi kot. Tapi, jika main cantik sekurang-kurangnya tidak la ke ‘bedil’ 4-0 dengan meriam kontot Arsenal.

Saya adalah penyokong tidak tegar Kop tapi jika melibatkan aksi Liverpool, saya tetap ‘follow’ game depa.

Dengan bertemu Harimau Malaya, saya pasti bakal menyarung jersi Malaysia dan bukannya LIVERPOOL. Itu adalah kenyataan!!

Semangat Malaysia tetap di hati kerana inilah ‘TANAH TUMPAHNYA DARAHKU’.

Cuma, keadaan stadium sedikit sepi tanpa Ultras Malaya yang kebiasaannya membuat ‘riuh’ dalam stadium. Geng penyokong yang membawa gendang main macam tak sungguh jer nampaknya.

Bila ada Ultras, depa pun sibuk nak bergendang. Kecewa gak la dengan sikap macam tue.. Tapi, yang baguihnya, bila mana pemain Malaysia ‘try’ ,berdiri satu stadium untuk melihat gerakan yang mungkin menjaringkan gol. Tapi, tidak berlaku..huhuhu

Apapun, jumpa di stadium esok.. Malaysia lawan Liverpool jam 5.45 petang.

- Majulah bola sepak untuk Negara-

0 ulasan: