Assalamualaikum semua..
Hari ini.. Hari paling menggembirakan aku. Kerana aku baru sahaja dinaikkan gaji pada satu tahap yang membuatkan aku lebih bersyukur.
Aku bercerita di sini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Jauh sekali ingin mendabik dada yang tidak la seberapa bidang.
Bukan mudah sebenarnya untuk aku mencapai tahap sebegini. Banyak halangan perlu ditempuhi.
Bulan Jun 2011, Insya-Allah aku akan menamatkan zaman bujang pada usia 25 tahun. Segala ilmu tidaklah penuh di dada, namun perlu aku cari dan terus mendalami.
Aku ingin melupakan kisah silam. Biarlah ia menjadi salah satu catatan sejarah walaupun berat bagiku.
Agak lama aku tidak mencoret sesuatu di sini. Terasa sayu pilu mencengkam dada.
Aku masih wujud sebenarnya cuma masih mencari identiti siapa aku.
Banyak yang aku ingin lakarkan dekat cini.. Tapi, masa sedikit suntuk buat aku..
Semoga kita berjumpa lagi.. Apapun, aku masih ada dan keutamaan kepada dunia sukan bola sepak tetap tersemat di dada aku khususnya Liga M walaupun penuh dengan seribu satu cerita.
Biarlah mereka memuja liga luar yang dipenuhi dengan pemain berbakat dan skill luar biasa. Itu tidak aku nafikan.
Kini, fokus aku adalah untuk Pasukan Hijau Kuning ataupun disebut Kedah Darul Aman.
Jangan lupa, pertemuan akhir Piala FA 2011. Kelantan menentang Terengganu antara aksi Pantai Timur di Shah Alam atau pun di Bukit Jalil..
Angin Pantai Timur kembali..........
0 ulasan:
Catat Ulasan