Jumaat, Mei 20, 2011

Harga Ronaldo RM735 juta?

Tadi saya terbaca dalam paper TheSun.co.uk edisi online.. Selak punya selak dan cuba memahami bahasa omputih tue...pergh,,payah gak nak memahaminya..

CRISTIANO RONALDO RM735 j?



wow..terkejut beruk saya tengok laporan berita tue tadi...Real Madrid nak lepaskan CR7 kepada sesiapa yang berminat...

Ini antara keratan yang sya terjemahkan utk paper esok....


GERGASI La Liga, Real Madrid dilaporkan bakal menjual pe­nyerang sensasi mereka, Cristiano Ronaldo dengan harga RM735 juta.


Perkembangan ini adalah berikutan perselisihan faham antara Ronaldo dan pengurus, Jose Mourinho di Bernebeu.


Presiden Real, Florentino Perez difahamkan bersedia menerima tawaran dari kelab lain untuk Ronaldo sekiranya harga ditawarkan bersesuaian status penyerang antarabangsa Portugal itu.


“Saya tiada masalah melepaskan Ronaldo jika terdapat kelab bersetuju membayar harga ditawarkan Real,” katanya.


Bagi rekod, bekas pemain Manchester United berkenaan menggegar jaring sebanyak 38 gol dan muncul peledak paling berbisa di La Liga, musim ini.
 
macam tak percaya jer..harga manusia biasa yang kemudiannya menjadi seorang pemain bintang bola sepak terkenal dunia dah jadi pisang goreng,,eh apa den merapu nie...hehehehe..

2 ulasan:

rabunmerah berkata...

baik messi lagi...dia ni pemain terbaik secara individu bukan berpasukan...satu piala musim ni dengan harga macam tu erfmhh!!...

ChaCha berkata...

mak aih..byk tu...