SABAH
Scott Ollerenshaw
Scott Ollerenshaw merupakan bekas pemain bola sepak Australia. Olle merupakan pemain legenda untuk pasukan Sabah dan memenangi “Golden Boot Award” beberapa kali. Dia juga pernah mewakili Australia pada Sukan Olimpik 1988 di Seoul. Olle kini menjadi pengulas sukan di sebuah stesen televisyen terkenal tanah air.
SELANGOR
Mehmet Durakovic
Durakovic beraksi untuk pasukan Merah Kuning dari tahun 1995 sehingga 1998. Pemain yang setia dan mempunyai pengaruh kuat di atas padang. Durakovic kini menjadi jurulatih Melbourne Victory di Liga Australia (A League).
KEDAH
Olubunmi Adigun (Abd Rahman Adigun Abdullah)
Bekas pertahan kental dari Nigeria itu menjadi ikon peminat bola sepak di Kedah. Malah, trio import bersama Peter Nieketien dan Tibor Szaban membawa Hijau Kuning merangkul Piala Malaysia buat kali kedua pada tahun 1993.
PERLIS
Emile Mbouh Mbouh
Emile Mbouh merupakan bekas bintang pasukan kebangsaan Cameroon yang beraksi di Piala Dunia Fifa 1990 dan 1994. Sewaktu bersama pasukan Singa Utara, Mbouh mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong setiap kali mendapat bola.
PERAK
Laszlo Repasi
Pemain antarabangsa Hungary itu mula menyertai Perak pada pertengahan musim 1997 dan berjaya memenangi anugerah kasut emas pada tahun yang sama selepas menggegar jaring sebanyak 19 gol. Namun, Repasi tidak diturunkan pada final tersebut kerana berselisih faham dengan jurulatih pada ketika itu, Karl Heinz Weigang.
PAHANG
Vyatcheslav Melnikov
Pemain import pertama Pahang yang berasal dari Rusia muncul senarai penjaring terbanyak pada tahun 1998 selepas meledak 17 gol.
SARAWAK
John Hunter
Penyerang Sarawak yang berbadan besar dan bergigi rongak. Kerap menjaringkan gol dan mudah meloloskan diri dalam pergelutan apabila berada di depan pintu gol lawan.




0 ulasan:
Catat Ulasan