Selasa, Mac 29, 2011
Stadium KLFA kembali beroperasi: Hamidin
Stadium KLFA kembali beroperasi: Hamidin
NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) kini boleh digunakan semula untuk perlawanan Liga Malaysia 2011.
Gelanggang berkenaan menjadi tuan rumah untuk pasukan Kuala Lumpur (KL) dan Felda United FC sebelum ditutup pada 1 Februari lalu kerana gagal tiga pemeriksaan FAM sebelum ini.
Namun jawatankuasa pertandingan FAM memberikan lampu hijau kepada stadium itu selepas berpuas hati pemeriksaan kali keempat pada 22 Mac lalu.
“Pihak FAM berpuas hati selepas pemeriksaan padang pada 22 Mac lalu. Pasukan KL dan Felda United boleh bermain di stadium itu seperti biasa.
“Namun, semua pasukan yang bertanding musim ini harus memastikan kemudahan stadium dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Hamidin juga mengesahkan pasukan KL bakal menjadi hos untuk perlawanan Liga Super menentang Kedah, Sabtu ini. -- Sinar Harian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 ulasan:
Catat Ulasan