Isnin, Mac 28, 2011

Azidan tekad tingkat prestasi



Azidan tekad tingkat prestasi


MOHD FAHMI ISMAIL

PEMAIN tengah Selangor, Azidan Saruddin melahirkan kegembiraannya apabila dapat membantu pasukan Harimau Malaya walaupun sekadar mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi persahabatan menentang FC Etoile, Sabtu lalu.

Namun, Azidan ketika dihubungi Sinar Harian mengakui dirinya sedikit gugup kerana itu merupakan penampilan pertamanya mewakili pasukan kebangsaan.

“Pertama kali bermain untuk pasukan kebangsaan membuatkan saya berasa gugup dan kekok. Walaupun dimasukkan sebagai pemain gantian, saya tetap gembira,” katanya.

Menurut Azidan, pengalaman menyarung jersi kebangsaan membuatkan dirinya semakin yakin dan berazam meningkatkan mutu permainan selepas ini.

Katanya, peluang beraksi dengan nama-nama besar pemain negara membuatkannya begitu teruja.

“Saya berazam melakukan yang lebih baik berbanding aksi pertama menentang FC Etoile selepas ini.

“Saya juga berusaha keras untuk menjadi pilihan utama Rajagobal setiap kali perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan,” katanya.

Musim ini, bekas kapten Kuala Lumpur itu menjadi pilihan K Devan untuk mengemudi jentera tengah pasukan Merah Kuning sejak beberapa perlawanan lalu dalam saingan Liga Malaysia 2011. - -Sinar Harian

0 ulasan: